gelagat penunggang motorsikal Singapura-JB yang memualkan
Antara pukul 5 petang hingga 8 malam mereka akan berpusu-pusu merempuh perjalanan melepasi pemeriksaan kastam sehingga ke mana destinasi mereka aku pun tak tahu. Secara logiknya pasti untuk pulang ke rumah. Seawal 4 pagi mereka telah bertolak ke tempat kerja di Singapura, dan pastinya apabila habis waktu kerja, mereka ingin segera pulang. Berapa peratus yang menunggang motorsikal aku tak pasti tapi menjelang waktu-waktu tersebut, jalanraya yang menghubungkan Singapura-JB hingga ke Ulu Tiram penuh dengan mereka yang baru pulang bekerja di Singapura. Tetapi apa yang istimewanya? Here goes the story……
Dah lama rasanya nak menulis post dengan tajuk ini. Bukannya apa, nak bagi ingat kat penunggang-penunggang motorsikal ni memang tak boleh. Tapi nak ingatkan pemandu-pemandu kereta yang lalu jalan ni. Sebab aku ada pengalaman buruk dengan penunggang motorsikal Singapura-JB ni. Sesetengah penunggang motorsikal yang pulang bekerja daripada Singapura-JB menunggang dengan keadaan yang gila merbahaya. Kalau berhenti di traffic light semua set-set mereka sokmo. Yang pemandu kereta ni lah yang kena beralah bagi laluan pada mereka. Lepas tuh mencelah-celah pulak. Yang paling aku berbulu bila tengok mereka tak boleh nak timbang rasa langsung. Macamlah jalan tersebut ayahanda mereka yang punya.
Dah terang-terang pemandu kereta tuh dah bagi signal untuk tukar lorong. Yang korang nak hon sepanjang-panjang jalan apa hal pulak. Lepas tuh tengok macam tak puas hati. Ingat lagi masa aku pakai kereta kancil, ada lah seorang mamat ni. Dek kerana jalan sesak, lepas tu motor dia tak lepas bila nak cilok antara kereta aku dengan sebuah kereta lain, tak semena-mena dia boleh tendang bumper depan kereta aku. Kurang ajar betul. Nasib baik jalan tengah jammed, kalau tidak aku dah kejar dah. Sekali gua sebat dengan kancil turbo aku…
Itu kejadian setahun lepas. Sampai sekarang aku tak lupa. Nasib baik tak jatuh ke jalanraya bumper kereta kancil aku. Kalau tak, malu woooo…Aku lihat sampai sekarang keadaan ini masih tak berubah. Lagi teruk pada masa jalanraya di Pandan sedang di naik taraf. Bermaharajalela betul diorang. Comeon lah jalanraya itu untuk kegunaan semua. Kalau anda nak pulang cepat ke rumah, aku pun sama nak balik cepat ke rumah. Seruan aku bersama-samalah bersopan santun seperti umpama ingin mengadap bakal mak mertua bila menunggang motorsikal. Jalanraya untuk dikongsi bersama.Adios…..
httpv://www.youtube.com/watch?v=Qmp4DjtWcuw
Tags: kerja di singapura, motorsikal










kat kl ni lain pulak cerita nya .. tengok pemandu kereta perempuan lagi saja cilok2 .. last cakap kita langgar depa .. nak duit la la tu jugak.. ajak p balai selesai tak mo pulak.. saya kena byk kali huwa….
kalau gi KL saya naik ulat bulu….lagi satu sebab bukan tahu sangat jalan kat KL… heheheh
ehemmm amboi .. haha…
My son la paling suka naik ulat bulu tuh… sampai KL jer terus tunjuk ke atas…. pa, nak naik tuh….
agak gila2 la dak2 jb banding kl.. biasa duk bawak motor kat tengah2 jalan jmpe kat bandar jb..
Kat sini cilok mencilok memang menggerunkan… bukan budak-budak, tapi worker yg kerja di Singapura…. laju pulak tuh sambil mencilok…. ntah… kata org tua “membabo” a.k.a membabi buta